Sunday 30 December 2018

Official : Tarikh Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2019

Hellooo bloggg!! Lamanya tak update blog untuk sekian lamanya. Well, bila nak masuk tahun baru ni, macam-macam benda yang aku perlu settlekan. So since harini aku dah free sikit, I'm gonna to tell everyone satu berita yang orang lain tertunggu-tunggu selama ini. What is it???

Pada tempoh hari yang lalu, aku call pihak SPA atas urusan penting, at the same time aku ada tanya pegawai tersebut mengenai tarikh temuduga ppk ni,so beliau beritahu aku....Sesi temuduga bagi jawatan pembantu perawatan kesihatan U11 ni akan dijalankan pada pertengahan JANUARI 2019. Tarikhnya sekitar 13hb-25hb Januari 2019. So ada baki 2 minggu lagi untuk buat all preparation for interview soon.

For next entry aku akan share tips temuduga kerajaan aka temuduga SPA ni.



Monday 3 December 2018

Temuduga U11 in January 2019

Hai assalammualaikum & salam sejahtera. I wanna to share some info about U11 punya jawatan. Ramai ternanti-nanti bila temuduga pembantu perawatan kesihatan. Info dari pihak SPA, temuduga U11 akan bermula pertengahan Januari 2019 nanti, I mean bulan depan @ next year. So ada masa panjang ni,elok la study apa yang patut,print out resume dan lain-lain lagi.

Semoga urusan temuduga U11 nanti dipermudahkan.

All the best for myself and calon diluar sanaπŸ˜‰

Friday 16 November 2018

KEPUTUSAN UJIAN PSIKOMETRIK PPK U11 2018

Jumaat, 16 november 2018

Edit
===

Keputusan ujian psikometrik pembantu perawatan kesihatan U11 bertarikh :

*15 november 2018,Khamis - calon semenanjung & sabah
*16 november 2018,Jumaat - calon sarawak

Tahniah kepada yang lulus ujian psikometrik ppk.
Last step untuk temuduga.

Jangan lupa study :)

p/s : Penjadualan temuduga bagi jawatan tersebut akan dikeluarkan oleh pihak SPA dalam masa 2 minggu.







Thursday 11 October 2018

Yeyy dah settle jawab ujian psikometrik PPK U11

Haiii blogg!! Harini 11 Oktober, maknanya harini aku dah merdekaaaaaaa. Kelmarin jawab ujian psikometrik pembantu perawatan kesihatan U11.Alhamdulillah, all went well.

Yang mana dah settle jawab ujian psikometrik, tahniahhh! Kita dah berusaha, sekarang ni kita berdoa supaya ujian kita itu lulus, aamiin.

Apa pendapat aku bagi ujian psikometrik ni? So far, alhamdulillah aku boleh jawab dengan baik untuk soalan psikologi dan matematik.

For your information. ujian psikometrik pembantu perawatan kesihatan U11 bermula 9 Oktober hingga 12 Oktober, ujian tersebut mewakili calon semenanjung,sabah dan sarawak. Jumlah soalan bagi ujian tersebut sebanyak 128soalan dan dibahagi dengan 2 seksyen :

1) Soalan psikologi = 98 soalan

2) Soalan matematik =30 soalan

Ada orang tanya, result ujian psikometrik jawatan U11 ni bila nak keluar?? Pihak SPA akan umumkan bila urusan pemarkahan kita selesai disemak. Tarikhnya bila??? Yang ni aku tak ada jawapan. Apa-apa pun tunggu SPA buat pengumuman okay.

Monday 1 October 2018

Contoh soalan maths based on ujian psikometrik SPA

Hai! Tak sangka blog aku ni ramai yang singgah & beri komen yang positif. Thankyou semua :) Ada beberapa orang minta aku tunjuk jalan kira untuk math untuk entry pasal contoh soalan psikometrik lepas. So, I'm gonna to help you guys + aku akan bagi sikit jalan kira math tu okay?


1) Dalam turutan nombor 2 , 3 , 5 , 8 , ___ , apakah nombor yang ke 7?

A. 12
B. 17
C. 23
D. 24

Jawapan : C


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


2) Sulaiman boleh menyelesaikan 5 soalan matematik dalam tempoh 7 minit, berapakah jumlah soalan matematik yang boleh diselesaikannya dalam masa 1jam ?

A. 42
B. 43
C. 44
D. 45

Jawapan : B


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3) Dari nombor 1 hingga 30, berapakah bilangan digit 2?

A. 11
B. 12
C. 13
D. 14

Jawapan : B





P/s : I'm sorry kalau tulisan aku ni ada yang tak berapa jelas. Maklum lah tulisan aku tak cantik mana. Harap semua faham apa yang aku tulis ye. Setiap kaedah @ jalan kira seseorang tak semuanya sama :) 

Semoga bermanfaat.



Saturday 29 September 2018

Finally,tarikh ujian psikometrik ppk u11 dah keluar!

Haiii!! last update blog ni baru je beberapa hari yang lepas, then siang tadi (Jumaat 28 sept) aku saja buka portal spa, tup-tup dah keluar tarikh ujian psikometrik u11 ni. alhamdulillah, 5bulan tunggu dari bulan mei lagi. kesabaran aku tunggu selama ni membuahkan hasil.

Yang aku tahu, spa bagi 3 tarikh untuk ujian psikometrik u11. starting 9 oktober - 11 oktober. Aku dapat 10hb. okay yang buat aku terkejut, spa dah agihkan masa tertentu je untuk jawab soalan psikometrik ni. Sebabbbb??? Calon yang melepasi syarat ppk ni terlalu ramai, almost 66k calon. That's why tak boleh jawab soalan ikut waktu kita secara sesuka hati. Ujian psikometrik sebelum ni bebas pilih waktu untuk jawab ujian psikometrik, maybe sebab calon tak ramai. Kali ni untuk jawatan ppk, fuhhhhhhhhhh ramaiiiii gilaaaaaaa.

Untuk soalan psikometrik u11, kena jawab sebanyak 128 soalan dalam masa 1jam 20minit. Ada soalan sahsiah diri dan jugak soalan matematik peringkat pt3 or maybe spm. I guess la.. So nak tak nak memang kena ulangkaji balik untuk soalan maths ni(kalau nak lulus)

Pada sesiapa yang dapat ujian psikometrik u11 ni, aku ucapkan all the best and good luck,okay?
Aku tak tahu tips,cuma...kita kena jawab yang jujur untuk soalan sahsiah diri. Soalan maths tu,try google. Tak silap aku, ada 1 webpage sediakan servis or khidmat untuk tips hadapi ujian psikometrik dari tim infokerjaya. Dari situ boleh la kita nak tahu contoh-contoh soalan psikometrik dan pelbagai lagi info yang kita boleh dapat dari sana.

All the best ya semua. Ganbatte!

Tuesday 25 September 2018

Random

Hai. nak tulis entry pasal hal lain. asyik ppk je kan. starting tahun ni, spa dah tak hantar sms jemputan ke ujian online/ujian psikometrik/temuduga, cuma spa akan umum untuk semua melalui 3 benda :

1) portal spa
2) emel kita sendiri
3) fb rasmi spa - suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia

lepas ni kena update emel.emel tu penting sebab spa akan emelkan terus sekiranya kita melepasi syarat + dapat temuduga or ujian online bagi jawatan yang kita pernah apply dahulu 😊

semoga bermanfaat.

Sunday 23 September 2018

bila ujian psikometrik PPK U11(2018)πŸ€”

Haiii! dah lama tak update blog ni. Just nak share apa yang aku dapat info dari someone ni, in sha Allah tak lama lagi akan keluar tarikh ujian psikometrik pembantu perawatan kesihatan gred U11 πŸ˜‡ ni instict aku je tau.sebab spa tak umumkan tarikh lagi,tapi aku dapat rasakan ujian tu akan menyusul lepas ni.Pasal ujian psikometrik ppk, Soalan ujian tu lebih kurang macam ujian psikometrik pembantu awam. Standby kalkulator sebab soalan nanti ada jugak pasal kira-kira. Semoga rezeki berpihak pada aku dan juga orang lain yang mohon jawatan tersebut. Amiinn.

edit on 25/9 : all the best untuk ujian online separa perubatan petang niπŸ’ͺ🏻

Tuesday 14 August 2018

New update PPK U11 2018

Aku ada good news untuk semua orang yang apply jawatan ppk + status yang melepasi syarat-syarat semasa. Aku ada banyak terima soalan dari orang luar, bila SPA nak panggil temuduga ppk, ada yang mengeluh sebab SPA lambat panggil, ada yang ajukan soalan pada aku sambil marah-marah,seolah-olah aku ini pegawai SPA yang handle urusan jawatan ppk tersebut. Yang sebenarnya aku hanyalah orang awam yang sangat memahami mengenai urusan tersebut. Ya, aku faham perasaan semua orang,tapi kita perlu bersabar.ini kerana semua urusan untuk jawatan yang telah dimohon perlu melalui proses tertentu dan memang akan mengambil masa yang lama sebelum pihak SPA memaklumkan kepada calon yang layak sebelum dipanggil peperiksaan mahupun temuduga. untuk pengetahuan anda, calon yang melepasi syarat-syarat semasa bagi jawatan ppk ini seramai 66ribu orang!!

Hari ini SPA mengadakan "EPelanggan" secara maya. apa itu EPelanggan? Ini adalah satu urusan pelanggan(kita) berinteraksi bersama pihak SPA untuk bertanyakan pelbagai soalan.

Aku telah bertanya kepada salah seorang pegawai SPA yang terlibat dalam sesi epelanggan tersebut,
aku bertanyakan kepada beliau,bilakah ujian psikometrik ppk akan diadakan?Beliau memaklumkan bahawa pihak SPA tidak menetapkan tarikh untuk ujian psikometrik tersebut kerana mereka sedang bertungkus lumus dalam proses penyediaan soalan peperiksaan bagi jawatan ppk ini.

Haa nampak tak??? Sebab itulah proses untuk ujian tersebut memakan masa yang lama, kerana pihak SPA amat teliti untuk membuat apa-apa perkara sebelum mereka memaklumkan kepada calon yang layak. Selepas ini,stop mengeluh ya adik-adik,kakak-kakak,abang-abang,makcik-pakcik. Jangan persoalkan mengapa pihak tersebut lewat untuk mengumumkan sesuatu perkara mengenai urusan jawatan SPA kepada orang awam. Semua urusan perlu mengikut SOP yang ditetapkan.

Semoga info ini dapat memanfaatkan kepada anda semua.

p/s : ujian psikometrik ppk 2018 dah tak lama,ayuh kita ulangkaji untuk lulus ujian psikometrik. kalau tak lulus, tak boleh pergi temuduga πŸ™ˆ


Sunday 12 August 2018

Keputusan Ujian Psikometrik Pembantu Awam H11

Dah lama tak update blog. Harini nak buat entry pasal pembantu awam :)

Jumaat lepas(10 ogos), SPA keluarkan keputusan ujian psikometrik jawatan pembantu awam. memandangkan aku pernah jawab ujian tersebut, so aku check keputusan dan tadaaaaaaaa! alhamdulillah lulus ;) Kali ketiga jawab ujian psikometrik selepas separa perubatan.

Ujian psikomerik PA(shortform dari pembantu awam) ada 46soalan, soalan tersebut mempunyai 2 seksyen : soalan personaliti & soalan matematik.

bagi aku,soalan matematik ni boleh tahan. sebab soalan tersebut merupakan soalan standard pt3, or boleh juga anggap sebagai logic math. Aku agak untuk ujian psikometrik pembantu perawatan kesihatan nanti, lebih kurang sama macam pembantu awam.

Ada yang tanya kepada aku, macam mana nak jawab ujian psikometrik? Saranan aku, kita perlu jawab soalan tersebut secara positif dan jujur.

Apa-apapun , kita perlu study serba sedikit atau buat latih tubi untuk jawab soalan psikometrik. macam mana nak dapat soalan psikometrik ni? boleh taip ujian psikometrik dekat google, nanti akan naik pelbagai soalan :)

Thursday 2 August 2018

1st entry : Pembantu perawatan kesihatan u11 2018

Harini, 1 Ogos 2018 ... aku create blog untuk aku share pasal pembantu perawatan kesihatan. SInce aku godek-godek google, tak ramai pun share pasal jawatan pembantu perawatan kesihatan U11 ni. So aku create blog ni & aku share apa yang aku pernah lalui sepanjang aku apply SPA,lagi-lagi jawatan ppk ni la. Mana nak tahu kalau ada orang sesat terjumpa blog aku, then dia tahu la serba sikit pasal PPK U11ni.

Recently, aku buka akaun SPA,sebab aku nak update emel.Then firasat aku macam nak check dekat status jawatan yang aku isi selama ni....bila dah check,rupanya status untuk jawatan ppk aku naik  melepasi syarat-syarat semasa. Okay, ni dikira kali kedua aku dapat ppk...kali pertama apply jawatan tersebut...masa tu tahun 2015, then aku pergi interview & dapat calon simpanan, but unfortunately aku tak ada rezeki untuk diserap sebagai lantikan tetap. 

So, ni iklan vacancy for ppk tahun ni :


Untuk tahun 2018 ni, KKM perlukan 2446 kekosongan ppk. ramai jugak. aku rasa 2446 ni termasuk sekali dengan calon simpanan. zaman aku dapat temuduga ppk dulu, kekosongan hanyalah 420
[if im not mistaken]


Okay, yang ni pulak aku punya status semasa aku untuk jawatan ppk u11 :




Aku check status masa 1 Julai bulan lepas. Bila dah melepasi syarat ni, tak CONFIRM LAGI UNTUK DAPAT TEMUDUGA . Kenapa aku cakap macam tu? Next entry aku explain pasal benda ni.


Wednesday 1 August 2018

Contoh soalan psikometrik SPA 2018

Aku nak share beberapa soalan sebenar ujian psikometrik spa yang aku pernah jawab. Kalau ada yang sesat jumpa blog aku ni, awak orang yang bertuah sebab dapat free ilmu ni. Here we goooooo!


1) Dalam turutan nombor 2,3,5,8 ... , apakah nombor yang ke 7?

a. 12
b. 17
c. 23
d. 24

2) Sulaiman boleh menyelesaikan 5 soalan matematik dalam tempoh 7 minit,berapakah jumlah soalan matematik yang boleh diselesaikannya dalam masa 1 jam?

a. 42
b. 43
c. 44
d. 45

3) Dari nombor 1 hingga 30. berapakah blangan digit 2?

a. 11
b. 12
c. 13
d. 14

4) Saya seorang sangat sistematik dan teliti.

a. Ya
b. Tidak
c. Tidak pasti

5) Jika saya merendah diri, saya akan dipandang rendah.

a. ya
b. tidak
c. tidak pasti

6) Saya boleh menguruskan pesakit kanak-kanak dan orang dewasa.

a. ya
b. tidak
c. tidak pasti
d. saya tidak ambil kisah


Info Mengenai Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2018

Sambung untuk prev entry yang lepas...

Okay,tahun sebelum ni, kalau SPA keluarkan notis pasal vacancy baru, then kita apply jawatan tu and tunggu status jawatan tu MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA'', baru SPA hantar emel&mesej untuk pergi temuduga kan? Kali ni, pihak SPA buat 1 lagi tapisan baru untuk jawatan tertentu. Yang aku tahu, start dengan gred 11 - Pembantu Awam H11 adalah jawatan pertama gred 11 yang wajib jawab ujian psikometrik.

Memandangkan aku jenis curious nak tahu sesuatu benda, so aku pun emel pegawai SPA untuk tanyakan pasal ppk ni memang wajib buat ujian psikometrik tak sebelum layak ditemuduga? jawapannya, YES! sesiapa yang mohon ppk, then status naik ''melepasi syarat semasa'' , kita wajib buat&jawab ujian psikometrik ni. Ada orang tanya aku macam situasi kat bawah ni :

si A : kalau kita taknak buat ujian psikometrik untuk ppk ni, takpe tak?hehehehehe

aku : kalau tak jawab psikometrik ni, macam mana SPA nak tau awak ni sesuai ke tak untuk jawatan tu -.-''

si A : oooo yekeeee? Hmmm kalau dah jawab psikometrik ni,baru boleh pergi temuduga ppk la kannn?

aku : kalau awak buat ujian psikometrik ppk, then awak lulus...baru SPA akan hantar 1 jemputan emel&sms untuk kita pergi temuduga. Kalau tak lulus, takboleh pergi temuduga.

Haaa faham ke tak situasi tu? Senang cakap, kita perlu lulus ujian psikometrik untuk melayakkan kita pergi ke peringkat temuduga. kalau tak lulus??? Memang takdapat pergi temuduga. Ni terms terbaharu SPA. Dorang buat tapisan ni sebab sekarang kan ramai gila orang memohon untuk kerja government, so pihak atasan nak cari penjawat awam yang betul-betul berkualiti, ada integriti, so dorang buat la ujian psikometrik ni.

Apa benda ujian psikometrik ni?? Ujian ni berkisarkan kita punya sahsiah diri,sikap,dan lain-lain. 
Kalau taktau maksud ujian psikometrik ni untuk apa,boleh la try google. aku malas nak explain.

Aku tak tahu berapa puluh soalan untuk ujian psikometrik ppk u11 ni. Yang aku pasti, akan ada 2 jenis bentuk soalan.

1] soalan psikometrik-soalan tentang sahsiah diri kita,sikap,etc

2]soalan matematik-standard pt3(soalan ni macam math logik )

So,kesimpulannya.. sesiapa yang apply ppk tahun ni,nak tak nak kena jawab ujian psikometrik. Kalau tak buat,say bye-bye la untuk temuduga ppk. 




Pengambilan Baru Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2020

Hai Assalammualaikum! Lama gila tak update blog tersayang ni! Busy kerja sampai terlupa pulak nak update blog. Straight to the point, aku na...