Tuesday 14 August 2018

New update PPK U11 2018

Aku ada good news untuk semua orang yang apply jawatan ppk + status yang melepasi syarat-syarat semasa. Aku ada banyak terima soalan dari orang luar, bila SPA nak panggil temuduga ppk, ada yang mengeluh sebab SPA lambat panggil, ada yang ajukan soalan pada aku sambil marah-marah,seolah-olah aku ini pegawai SPA yang handle urusan jawatan ppk tersebut. Yang sebenarnya aku hanyalah orang awam yang sangat memahami mengenai urusan tersebut. Ya, aku faham perasaan semua orang,tapi kita perlu bersabar.ini kerana semua urusan untuk jawatan yang telah dimohon perlu melalui proses tertentu dan memang akan mengambil masa yang lama sebelum pihak SPA memaklumkan kepada calon yang layak sebelum dipanggil peperiksaan mahupun temuduga. untuk pengetahuan anda, calon yang melepasi syarat-syarat semasa bagi jawatan ppk ini seramai 66ribu orang!!

Hari ini SPA mengadakan "EPelanggan" secara maya. apa itu EPelanggan? Ini adalah satu urusan pelanggan(kita) berinteraksi bersama pihak SPA untuk bertanyakan pelbagai soalan.

Aku telah bertanya kepada salah seorang pegawai SPA yang terlibat dalam sesi epelanggan tersebut,
aku bertanyakan kepada beliau,bilakah ujian psikometrik ppk akan diadakan?Beliau memaklumkan bahawa pihak SPA tidak menetapkan tarikh untuk ujian psikometrik tersebut kerana mereka sedang bertungkus lumus dalam proses penyediaan soalan peperiksaan bagi jawatan ppk ini.

Haa nampak tak??? Sebab itulah proses untuk ujian tersebut memakan masa yang lama, kerana pihak SPA amat teliti untuk membuat apa-apa perkara sebelum mereka memaklumkan kepada calon yang layak. Selepas ini,stop mengeluh ya adik-adik,kakak-kakak,abang-abang,makcik-pakcik. Jangan persoalkan mengapa pihak tersebut lewat untuk mengumumkan sesuatu perkara mengenai urusan jawatan SPA kepada orang awam. Semua urusan perlu mengikut SOP yang ditetapkan.

Semoga info ini dapat memanfaatkan kepada anda semua.

p/s : ujian psikometrik ppk 2018 dah tak lama,ayuh kita ulangkaji untuk lulus ujian psikometrik. kalau tak lulus, tak boleh pergi temuduga 🙈


Sunday 12 August 2018

Keputusan Ujian Psikometrik Pembantu Awam H11

Dah lama tak update blog. Harini nak buat entry pasal pembantu awam :)

Jumaat lepas(10 ogos), SPA keluarkan keputusan ujian psikometrik jawatan pembantu awam. memandangkan aku pernah jawab ujian tersebut, so aku check keputusan dan tadaaaaaaaa! alhamdulillah lulus ;) Kali ketiga jawab ujian psikometrik selepas separa perubatan.

Ujian psikomerik PA(shortform dari pembantu awam) ada 46soalan, soalan tersebut mempunyai 2 seksyen : soalan personaliti & soalan matematik.

bagi aku,soalan matematik ni boleh tahan. sebab soalan tersebut merupakan soalan standard pt3, or boleh juga anggap sebagai logic math. Aku agak untuk ujian psikometrik pembantu perawatan kesihatan nanti, lebih kurang sama macam pembantu awam.

Ada yang tanya kepada aku, macam mana nak jawab ujian psikometrik? Saranan aku, kita perlu jawab soalan tersebut secara positif dan jujur.

Apa-apapun , kita perlu study serba sedikit atau buat latih tubi untuk jawab soalan psikometrik. macam mana nak dapat soalan psikometrik ni? boleh taip ujian psikometrik dekat google, nanti akan naik pelbagai soalan :)

Thursday 2 August 2018

1st entry : Pembantu perawatan kesihatan u11 2018

Harini, 1 Ogos 2018 ... aku create blog untuk aku share pasal pembantu perawatan kesihatan. SInce aku godek-godek google, tak ramai pun share pasal jawatan pembantu perawatan kesihatan U11 ni. So aku create blog ni & aku share apa yang aku pernah lalui sepanjang aku apply SPA,lagi-lagi jawatan ppk ni la. Mana nak tahu kalau ada orang sesat terjumpa blog aku, then dia tahu la serba sikit pasal PPK U11ni.

Recently, aku buka akaun SPA,sebab aku nak update emel.Then firasat aku macam nak check dekat status jawatan yang aku isi selama ni....bila dah check,rupanya status untuk jawatan ppk aku naik  melepasi syarat-syarat semasa. Okay, ni dikira kali kedua aku dapat ppk...kali pertama apply jawatan tersebut...masa tu tahun 2015, then aku pergi interview & dapat calon simpanan, but unfortunately aku tak ada rezeki untuk diserap sebagai lantikan tetap. 

So, ni iklan vacancy for ppk tahun ni :


Untuk tahun 2018 ni, KKM perlukan 2446 kekosongan ppk. ramai jugak. aku rasa 2446 ni termasuk sekali dengan calon simpanan. zaman aku dapat temuduga ppk dulu, kekosongan hanyalah 420
[if im not mistaken]


Okay, yang ni pulak aku punya status semasa aku untuk jawatan ppk u11 :




Aku check status masa 1 Julai bulan lepas. Bila dah melepasi syarat ni, tak CONFIRM LAGI UNTUK DAPAT TEMUDUGA . Kenapa aku cakap macam tu? Next entry aku explain pasal benda ni.


Wednesday 1 August 2018

Contoh soalan psikometrik SPA 2018

Aku nak share beberapa soalan sebenar ujian psikometrik spa yang aku pernah jawab. Kalau ada yang sesat jumpa blog aku ni, awak orang yang bertuah sebab dapat free ilmu ni. Here we goooooo!


1) Dalam turutan nombor 2,3,5,8 ... , apakah nombor yang ke 7?

a. 12
b. 17
c. 23
d. 24

2) Sulaiman boleh menyelesaikan 5 soalan matematik dalam tempoh 7 minit,berapakah jumlah soalan matematik yang boleh diselesaikannya dalam masa 1 jam?

a. 42
b. 43
c. 44
d. 45

3) Dari nombor 1 hingga 30. berapakah blangan digit 2?

a. 11
b. 12
c. 13
d. 14

4) Saya seorang sangat sistematik dan teliti.

a. Ya
b. Tidak
c. Tidak pasti

5) Jika saya merendah diri, saya akan dipandang rendah.

a. ya
b. tidak
c. tidak pasti

6) Saya boleh menguruskan pesakit kanak-kanak dan orang dewasa.

a. ya
b. tidak
c. tidak pasti
d. saya tidak ambil kisah


Info Mengenai Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2018

Sambung untuk prev entry yang lepas...

Okay,tahun sebelum ni, kalau SPA keluarkan notis pasal vacancy baru, then kita apply jawatan tu and tunggu status jawatan tu MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA'', baru SPA hantar emel&mesej untuk pergi temuduga kan? Kali ni, pihak SPA buat 1 lagi tapisan baru untuk jawatan tertentu. Yang aku tahu, start dengan gred 11 - Pembantu Awam H11 adalah jawatan pertama gred 11 yang wajib jawab ujian psikometrik.

Memandangkan aku jenis curious nak tahu sesuatu benda, so aku pun emel pegawai SPA untuk tanyakan pasal ppk ni memang wajib buat ujian psikometrik tak sebelum layak ditemuduga? jawapannya, YES! sesiapa yang mohon ppk, then status naik ''melepasi syarat semasa'' , kita wajib buat&jawab ujian psikometrik ni. Ada orang tanya aku macam situasi kat bawah ni :

si A : kalau kita taknak buat ujian psikometrik untuk ppk ni, takpe tak?hehehehehe

aku : kalau tak jawab psikometrik ni, macam mana SPA nak tau awak ni sesuai ke tak untuk jawatan tu -.-''

si A : oooo yekeeee? Hmmm kalau dah jawab psikometrik ni,baru boleh pergi temuduga ppk la kannn?

aku : kalau awak buat ujian psikometrik ppk, then awak lulus...baru SPA akan hantar 1 jemputan emel&sms untuk kita pergi temuduga. Kalau tak lulus, takboleh pergi temuduga.

Haaa faham ke tak situasi tu? Senang cakap, kita perlu lulus ujian psikometrik untuk melayakkan kita pergi ke peringkat temuduga. kalau tak lulus??? Memang takdapat pergi temuduga. Ni terms terbaharu SPA. Dorang buat tapisan ni sebab sekarang kan ramai gila orang memohon untuk kerja government, so pihak atasan nak cari penjawat awam yang betul-betul berkualiti, ada integriti, so dorang buat la ujian psikometrik ni.

Apa benda ujian psikometrik ni?? Ujian ni berkisarkan kita punya sahsiah diri,sikap,dan lain-lain. 
Kalau taktau maksud ujian psikometrik ni untuk apa,boleh la try google. aku malas nak explain.

Aku tak tahu berapa puluh soalan untuk ujian psikometrik ppk u11 ni. Yang aku pasti, akan ada 2 jenis bentuk soalan.

1] soalan psikometrik-soalan tentang sahsiah diri kita,sikap,etc

2]soalan matematik-standard pt3(soalan ni macam math logik )

So,kesimpulannya.. sesiapa yang apply ppk tahun ni,nak tak nak kena jawab ujian psikometrik. Kalau tak buat,say bye-bye la untuk temuduga ppk. 




Pengambilan Baru Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2020

Hai Assalammualaikum! Lama gila tak update blog tersayang ni! Busy kerja sampai terlupa pulak nak update blog. Straight to the point, aku na...