Saturday 29 September 2018

Finally,tarikh ujian psikometrik ppk u11 dah keluar!

Haiii!! last update blog ni baru je beberapa hari yang lepas, then siang tadi (Jumaat 28 sept) aku saja buka portal spa, tup-tup dah keluar tarikh ujian psikometrik u11 ni. alhamdulillah, 5bulan tunggu dari bulan mei lagi. kesabaran aku tunggu selama ni membuahkan hasil.

Yang aku tahu, spa bagi 3 tarikh untuk ujian psikometrik u11. starting 9 oktober - 11 oktober. Aku dapat 10hb. okay yang buat aku terkejut, spa dah agihkan masa tertentu je untuk jawab soalan psikometrik ni. Sebabbbb??? Calon yang melepasi syarat ppk ni terlalu ramai, almost 66k calon. That's why tak boleh jawab soalan ikut waktu kita secara sesuka hati. Ujian psikometrik sebelum ni bebas pilih waktu untuk jawab ujian psikometrik, maybe sebab calon tak ramai. Kali ni untuk jawatan ppk, fuhhhhhhhhhh ramaiiiii gilaaaaaaa.

Untuk soalan psikometrik u11, kena jawab sebanyak 128 soalan dalam masa 1jam 20minit. Ada soalan sahsiah diri dan jugak soalan matematik peringkat pt3 or maybe spm. I guess la.. So nak tak nak memang kena ulangkaji balik untuk soalan maths ni(kalau nak lulus)

Pada sesiapa yang dapat ujian psikometrik u11 ni, aku ucapkan all the best and good luck,okay?
Aku tak tahu tips,cuma...kita kena jawab yang jujur untuk soalan sahsiah diri. Soalan maths tu,try google. Tak silap aku, ada 1 webpage sediakan servis or khidmat untuk tips hadapi ujian psikometrik dari tim infokerjaya. Dari situ boleh la kita nak tahu contoh-contoh soalan psikometrik dan pelbagai lagi info yang kita boleh dapat dari sana.

All the best ya semua. Ganbatte!

2 comments:

Pengambilan Baru Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2020

Hai Assalammualaikum! Lama gila tak update blog tersayang ni! Busy kerja sampai terlupa pulak nak update blog. Straight to the point, aku na...