Saturday 24 August 2019

Exam Online Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 2019

Hola blog! Memandangkan hari ni aku free,so rasa nak update 1 entry pasal exam online SPA for  PPM (shortform pembantu pembangunan masyarakat S19)

Next week, 29 Ogos 2019(khamis) aku akan jawab exam ppm ni nanti. Sementara tunggu result temuduga PPP(pembantu perhubungan perusahaan S19) ni baik try je jawab exam online untuk jawatan tersebut. Ada rezeki,boleh la pergi ke next stage untuk temuduga pulak :D



For your information, PPM ni ada 2 tarikh untuk menduduki exam online, which are 29/8/2019 (khamis) & 6/9/2019(jumaat). Mine dapat 1st date untuk exam. Soalannya cuma ada 2 section sahaja. 1 section untuk daya menyelesaikan masalah(maths) dan 1 section for english question.

Macam mana format soalan maths ni? Ikut pengalaman aku jawab exam tempohari, soalan maths macam soalan level SPM, tak ada la susah sangat tapi kena jawab pantas dan betul, sebab masa yang diberi nanti sangat singkat. Selalunya aku akan prepare pensel,kertas dan kalkulator untuk kira maths.

Untuk soalan kefahaman bahasa inggeris pula, soalannya more to grammar,idioms,synonym,acronym and ada juga soalan berbentuk satu petikan pendek dan soalan yang ditanya tu,based on the petikan tersebut. 

Akhir kata, wishing me all the best untuk exam ppm nanti.


Wednesday 7 August 2019

Pengalaman Temuduga Pembantu Perhubungan Perusahaan S19 2019

Aku nak share pengalaman sebenar aku menghadiri temuduga PPP S19,sebab aku coretkan dekat blog ni mungkin boleh bantu calon PPP untuk masa akan datang tentang soalan PPP ni.

Recently aku pergi temuduga PPP S19 (shortform pembantu perhubungan perusahaan). Syarat SPA sekarang ni, calon WAJIB LULUS dalam exam online or ujian psikometrik untuk sesuatu jawatan,baru layak dipanggil temuduga. Kalau tak lulus or gagal macam mana????? Kalau gagal,bye-bye sesi temuduga.

Sambung cerita tadi, Masa aku temuduga tu ada 2 panel perempuan dari Kementerian Sumber Manusia,sorang panel muslim dan sorang lagi panel non muslim. Soalan yang aku dapat :

1)intro yourself in english
2)kenapa minta jawatan PPP
3)bagi sebab kenapa kami perlu pilih awak untuk menjawat jawatan PPP
3)Pengalaman bekerja
4)Apa itu Jobsmalaysia & JTK?
5)Skill komputer apa yang awak mahir ?

Akhir sekali panel ada bertanya soalan “ada apa-apa soalan?” sebelum mengakhiri sesi temuduga.

Alhamdulillah aku dapat jawab dengan baik,tapi tak berharap untuk mendapat jawatan ni,jika ada rezeki,ini yang terbaik. Dan jika tiada rezeki,usaha lagi untuk temuduga yang akan datang & stay je dengan kerjaya sekarang 😉

Sekian~

Pengambilan Baru Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2020

Hai Assalammualaikum! Lama gila tak update blog tersayang ni! Busy kerja sampai terlupa pulak nak update blog. Straight to the point, aku na...