Lamanya tak update blog ni.Rasanya last buka blog ni masa update result PPK U11 tempoh hari(bulan Mac). Okey,entry aku untuk kali ini, aku nak share 1 jawatan dibawah kelolaan SPA : Pembantu Perhubungan Perusahaan S19.
Pembantu Perhubungan Perusahaan ni apa? Mesti ramai taktahu kan. Aku pun baru je tahu pasal jawatan ni(selepas I tanya Mr.Google). Senang kata, Pembantu Perhubungan Perusahaan (shortform PPP) ini dibawah Kementerian Sumber Manusia. Tahu tak PPP ini bertugas di bawah JTK(Jabatan Tenaga Kerja) sebagai perantara majikan dan juga orang awam untuk mendapatkan kerja baru. Yang aku tahu, PPP ini juga terlibat dalam jobfair yang dianjurkan oleh JTK daerah masing-masing, so kalau kita sebagai orang awam nak mencari kerja baru, kita boleh lah refer dekat orang PPP ini. Ini salah satu skop kerja untuk PPP. Ada lagi skop kerja yang PPP perlu lakukan. Apa yang aku taip dalam entry ini hanyalah basic sahaja.
Untuk pengetahuan anda semua, baru-baru ini sekitar bulan Mei yang lalu, aku ada mendapat jemputan untuk menduduki peperiksaan online SPA untuk jawatan tersebut. Keputusan ujian online diumumkan sebulan selepas tarikh peperiksaan tersebut, Alhamdulillah aku lulus :)
Sekarang ni tengah counting days untuk menunggu dari pihak SPA untuk membuat pengumuman tarikh temuduga bagi jawatan tersebut.
For the next entry aku akan sambung lagi pasal PPP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pengambilan Baru Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2020
Hai Assalammualaikum! Lama gila tak update blog tersayang ni! Busy kerja sampai terlupa pulak nak update blog. Straight to the point, aku na...
-
Hai! Tak sangka blog aku ni ramai yang singgah & beri komen yang positif. Thankyou semua :) Ada beberapa orang minta aku tunjuk jalan ki...
-
Aku nak share beberapa soalan sebenar ujian psikometrik spa yang aku pernah jawab. Kalau ada yang sesat jumpa blog aku ni, awak orang yang b...
-
Sambung untuk prev entry yang lepas... Okay,tahun sebelum ni, kalau SPA keluarkan notis pasal vacancy baru, then kita apply jawatan tu a...
No comments:
Post a Comment