Tuesday 14 August 2018

New update PPK U11 2018

Aku ada good news untuk semua orang yang apply jawatan ppk + status yang melepasi syarat-syarat semasa. Aku ada banyak terima soalan dari orang luar, bila SPA nak panggil temuduga ppk, ada yang mengeluh sebab SPA lambat panggil, ada yang ajukan soalan pada aku sambil marah-marah,seolah-olah aku ini pegawai SPA yang handle urusan jawatan ppk tersebut. Yang sebenarnya aku hanyalah orang awam yang sangat memahami mengenai urusan tersebut. Ya, aku faham perasaan semua orang,tapi kita perlu bersabar.ini kerana semua urusan untuk jawatan yang telah dimohon perlu melalui proses tertentu dan memang akan mengambil masa yang lama sebelum pihak SPA memaklumkan kepada calon yang layak sebelum dipanggil peperiksaan mahupun temuduga. untuk pengetahuan anda, calon yang melepasi syarat-syarat semasa bagi jawatan ppk ini seramai 66ribu orang!!

Hari ini SPA mengadakan "EPelanggan" secara maya. apa itu EPelanggan? Ini adalah satu urusan pelanggan(kita) berinteraksi bersama pihak SPA untuk bertanyakan pelbagai soalan.

Aku telah bertanya kepada salah seorang pegawai SPA yang terlibat dalam sesi epelanggan tersebut,
aku bertanyakan kepada beliau,bilakah ujian psikometrik ppk akan diadakan?Beliau memaklumkan bahawa pihak SPA tidak menetapkan tarikh untuk ujian psikometrik tersebut kerana mereka sedang bertungkus lumus dalam proses penyediaan soalan peperiksaan bagi jawatan ppk ini.

Haa nampak tak??? Sebab itulah proses untuk ujian tersebut memakan masa yang lama, kerana pihak SPA amat teliti untuk membuat apa-apa perkara sebelum mereka memaklumkan kepada calon yang layak. Selepas ini,stop mengeluh ya adik-adik,kakak-kakak,abang-abang,makcik-pakcik. Jangan persoalkan mengapa pihak tersebut lewat untuk mengumumkan sesuatu perkara mengenai urusan jawatan SPA kepada orang awam. Semua urusan perlu mengikut SOP yang ditetapkan.

Semoga info ini dapat memanfaatkan kepada anda semua.

p/s : ujian psikometrik ppk 2018 dah tak lama,ayuh kita ulangkaji untuk lulus ujian psikometrik. kalau tak lulus, tak boleh pergi temuduga 🙈


6 comments:

  1. tq..sngat mmbntu entry awk tntng iv ppk ni..sbb sy bru je melepasi syarat2 awal spa..hrap klo dpt ke ujian psikometrik sy lulus....😁😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai!all the best untuk ujian psikometrik nanti :)

      Delete
  2. tq awk... sgt2 mbantu... sy pon melepasi syarat hrp sy dpt jwb soalan psikometrik nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama :) all the best ya untuk ujian nanti :)

      Delete
  3. mcm mana nK tahu ujian psikometrik kita lulus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPA akan announce via portal, fb dan emel calon tersebut.

      Delete

Pengambilan Baru Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2020

Hai Assalammualaikum! Lama gila tak update blog tersayang ni! Busy kerja sampai terlupa pulak nak update blog. Straight to the point, aku na...